MAKLUMAN
PERJUMPAAN KHIDMAT BANTU MENTOR LALUAN PPDa

TARIKH:
-2 SEPT 2015
-30 SEPT 2015
-15,22,28 OKT 2015

TEMPAT: SMK TOK PERDANA

DARIH


D = DADAH


A = ALKOHOL
R = ROKOK
I = INHALAN
H =HIV/AIDS 

APA ITU DADAH?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan kimia yang memberi kesan atau kemudaratan ke atas pemikiran, emosi, fizikal dan tingkahlaku. Iaadalah bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk menyiasat, merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .

APA ITU ALKOHOL? 
Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya.  Alkohol selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan 'mood'. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski. 


 APA ITU ROKOK? 
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120mm dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat disedut. Apa-apa hasil yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilang, atau apa-apa terbitan atau pengganti tembakau yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal atau lebih dan yang boleh digunakan dengan serta merta untuk merokok.
 APA ITU INHALAN? 
Inhalan / Agen inhalasi tergolong dalam kelas dadah dalam bentuk gas / wap yang disalahguna secara inhalasi. Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas yang dihidu ini boleh menyebabkan kesan psikoaktif atau mind-altering (merangsang perubahan minda). Ini kerana gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi neuron di otak. Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya diambil secara inhalasi untuk mendapatkan kesannya. Inhalasi bermaksud menghidu gas sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru.
 
APA ITU HIV/AIDS?
HIV     -           Human Immunodeficiency ViruS  yang menyebabkan jangkitan HIV.
AIDS  -          Acquired Immune Deficiency Syndrome
HIV/AIDS adalah penyakit sosial yang melanda masyarakat sejagat termasuk Malaysia

















KATA TIDAK KEPADA DADAH 



                                                    #PRS 2015
                                                    #PPDa 2015

No comments:

Post a Comment